Satu perkara yang paling menyakitkan yang boleh dialami oleh sesorang yang terlibat di dalam sebuah hubungan adalah untuk membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Jika anda mengalami situasi ini, saya faham bahawa saat pertama anda berkata kepada diri :
Aku dah tak boleh sayangkan dia lagi.
… adalah saat yang paling menyakitkan dan menyedihkan bagi anda. Ini kerana anda telah memberi segala-galanya kepada si dia. Anda berikan komtimen anda. Anda berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada dia. Anda memberi si dia kepuasan zahir dan batin. Total giving.
Anda berfikir, alangkah baiknya kalau anda boleh baring, lelapkan mata dan tidur agar hari esok bakal berubah. Anda harapkan satu keajaiban untuk si dia berubah. Harapan paling besar anda adalah semua ini tidak pernah berlaku langsung dan anda juga harapkan masa boleh berundur setahun dua ke belakang. Sudah terlambat.
Setelah berfikir panjang, sekarang anda sedar bahawa anda telah lama menangguhuntuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.
Saya percaya dan sentiasa berharap anda boleh lakukan perkara yang boleh menyelamatkan cinta anda selagi ia berada di dalam kawalan anda. Anda mungkin boleh mencari bantuan profesional seperti kaunselor, meminta nasihat orang tua, atau membaca Panduan Seni Selamatkan Cinta. Tetapi anda mungkin sudah mencapai tahap di mana anda berfikir bahawa inilah masanya untuk ‘move on’ dan ketika ini anda hanya ada dua pilihan :
Terus bersama atau tinggalkan dia
No comments:
Post a Comment