Berbakti
kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap
mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang
Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran.
Firman Allah s.w.t:
“Dan
Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita
kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat
kembali”. (Lukman:14)
Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:
1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong
Sebagaimana Sabda Bagin Rasulullah s.a.w:
Ertinya: “Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibu bapa den bersaksi dusta”
Adab/tangungjawab seorang anak terhadap ibubapanya terbahagi kepada 2 iaitu :
1) Tanggungjawab semasa mereka hidup
2) Tanggungjawab setelah mereka meninggal dunia
Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya ketika hayatnya adalah seperti berikut:
1.
Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan
perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan
selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2.
Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika
bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik
mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4.
Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada
kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat
keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya
tidak diterima Allah swt.
Ingatlah firman Allah ini :
Ertinya: “Dan
Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain
daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau
salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah
engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking
keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan
perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap
keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah
kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh
kasih saying semasa aku kecil”. (Al-Isra’: 23-24)
Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.
5.
Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada
mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7.
Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping
melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan
memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa
menghadapi saki baki hidupnya.
8.
Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan
berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau
ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat mereka.
10.
Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi
segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini
boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran
kepada Allah terhadap jasa bakti yang telah dapat dinikmati.
Sabda Baginda s.a.w:
" Berbaktilah
kepada dua orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan
berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatanisteri-isteri orang
lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka”
Selepas kematian mereka
Hubungan anak dengan ibu bapa adalah di dunia dan akhirat. Tanggungjawab anak
terhadap
ibu bapa tidak terhenti dengan kematian salah seorang atau keduanya
sekali. Anak masih mempunyai tanggungjawab selepas kematian mereka. Ini
menunjukkan bahawa Islam mementingkan tanggungjawab kehidupan dunia dan
akhirat.
Apabila
ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk
keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan
membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka.
Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk
mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusan yang
menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada
lagi.
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya:
Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya
kecuali 3 perkara:
a)sedekah jariah
b)ilmu yang berfaedah
c)anak soleh yang mendoakan kepadanya
(Riwayat Muslim)
Akibat anak derhaka
Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, anak wajib mentaati dan menghormati kedua
ibu
bapanya. Anak yang tidak mentaati kedua ibu bapanya dianggap anak yang
derhaka. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak mendapat
ganjaran. Oleh itu, perbuatan
baik sepanjang hayat mungkin sesuatu yang sia-sia sahaja. Dalam kehidupan berkeluarga
perlu mendapat keredhaan dari kedua ibu bapa kerana tanpa keredhaan mereka berdua,
hidup seseorang tidak diberkati Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya:
“Redha Tuhan bergantung pada redha dua orang tua, dan murka Tuhan bergantung pada murka orang tua”
(Riwayat al-Hakim)
Akibat penderhakaan kepada ibu bapa, anak tersebut menanggung dosa
serta dilaknat Allah. Kesalahan menderhaka kepada ibu bapa termasuk
dalam dosa-dosa besar. Begitu juga anak-anak tidak sewajarnya mengejek
atau menghina ibu bapa orang lain. Akibatnya ibu bapanya pula akan
dihina.
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya:
Bahawasanya
Rasulullah s.a.w bersabda “Di antara dosa besar adalah makian seseorang
terhadap kedua orang tuanya” Mereka bertanya “Wahai Rasulullah, apakah
seseorang memaki kedua orang tuanya”. Beliau menjawab “Ya, ia memaki
ayah orang lain,
lalu orang lain itu memaki ayahnya, dan ia memaki ibu orang lain, lalu orang lain itu memaki ibunya”.
(Riwayat al-Bukhori dan Muslim)
Kesimpulannya
Natijahnya tanggungjawab kita terhadap ibubapa kita bukan sekadar
di dunia sahaja tetapi di bawa ke akhirat. Marilah kita bermuhasabah
diri sejauh manakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita kepada
mereka, adakah ianya sudah cukup untuk membalas jasa mereka?.
Saya sendiri merasa pengorbanan saya terhadap ibu bapa saya masih belum dapat membalas jasa mereka yang tak terhingga.
Pesanan Ikhlas : JANGAN DITANYA APA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN UNTUK KITA TETAPI TANYALAH APA YANG KITA TELAH LAKUKAN UNTUK MEREKA.