Saturday, October 11, 2014

CANTIKNYA HADIAH DARI ALAH S.W.T.......


SENTIASA DIDIK HATI AGAR BSYUKUR, SABAR, REDHA, DGN SETIAP TETAPAN KEHIDUPAN YG ALLAH HADIAHKAN............

CANTIK BETUL HADIAH DARI ALLAH.....

SATU PERSATU...
BILA TERINGAT RENTETAN HADIAH YG ALLAH BERI...
AKU SENYUM SORG DIRI....
FIKIR2 BALIK...
UNTUNGNYA AKU....
BANYAKNYA ALLAH BAGI HADIAH.....
JARANG ORG YG DAPAT HADIAH TAK PUTUS2 NIE DARI ALLAH....
AKU SENYUM SINIS SORG DLM DIRI.....
POSITIFKAN DIRI AKU....

TAHUN NI ALLAH BAGI HADIAH SEMUA YG TAK TERCAPAI DEK AKAL AKU....
TAPI AKU SENYUM JE WALAU DLM TANGIS.....
BIARLAH SEMUA ITU DUKA TAPI AKU TUNJUK SUKA....
BUKAN MEMAKSA HATI MENERIMA ...
TAPI REDHA TANPA PERSOAL APA SAJE HADIAH ISTIMEWA DARI ALLAH....

HANYA INSAN2 YANG ISTIMEWA MENDAPAT HADIAH YG ISTIMEWA.........
INDAHKAN ATURAN ALLAH.....
BIARLAH APA YG TERJADI........
SAKIT PON SENYUM.....
SEDIH PON SENYUM.....
GEMBIRA LG R SENYUM....

KITA NI MANUSIA....
RETI DUK HITUNG HADIAH YG ALLAH BG JE.....
DUK UNGKIT TANG TU R....TANG NIE R....
DUK KATA ALLAH X SYG R...
DOK PAHAM KE?????
ALLAH NI KALU DOK SYG DOK V DOH HADIAH TUH....
DOK RETI BSYUKUR LANGSUNG......
INGAT ALLAH SAJE2 KE NOK V...

PAH ALLAH KALU V HADIAH...
DIO TGOK PLOK ATAS KEMAMPUAN KITO....
HOK DIO V X AJIM X MAMPU KITO BAWOK BALIK EH....
INSHA ALLAH MAMPU EH......
KAN ALLAH OYAK DOH....
AKU TIDAK AKAN MENGUJI KAMU MELEBIHI KEMAMPUAN MU.....
DOK PAHAM LG KO???????????

DOH DUK MERINTIH BAKPO LG??????
TERIMO R DGN REDHA DAN HATI TBUKA....
BYK BSYUKUR.....
ALLAH LIPAT GANDA NANTI.....
MARI REZEKI X SANGKA2....
KALOH BONUS HOK NAJIB V TUH....
BONUS NAJIB V TUH SIKIT BARU EHHHH......

MULAI HARI NIE MARI KITO PAKAT RAMAI2....
UCAP SYUKUR KO ALLAH......
HADIAH KITO KECIK BARU EHHH....
ORG LAIN BULES HADIAH HEBAT LG.....
X SOH DUK RUSIM EHHH....
ALLAH HOK MENCIPTA,....
DIO TAHU R TUH.....
X SOH DUK OYAK X DOK HOK MEMAHAMI R....
X SOH DUK OYAK X DOK HOK PEDULU R.....
ALLAH PAHE KITO SBB DIO HOK MCIPTA KITO....
ALLAH AMBIL PEDULI KITO SBB TUH DIO V HADIAH X BHENTI LG TUH....
SUH INGAT DIO.....
BOO LAH DUK MIKIR YOR....
TIMOW DGN RELO ATY.....
(sesi memujuk hati)..............................


Tuesday, September 23, 2014

RINDU PADA KEKASIH HATI

kadang2 aku sengaja buat2 bz....
ke hulu ke hilir aku pergi...
drive situu drive sini....
semata2 sbb aku nak tutup rasa rindu tu...
kalau duk umah time cuti or saje2 nak rehatkan diri
mesti airmata aku x bhenti mgalir...
pandang sana pandang situ....
RINDUNYA.....
cepat nya Allah ambil awak duhai sayang.....

bila duk sorg2...
pagi2 tbayang kita breakfast sama2...
masa awak kerja dulu....
pagi2 sy kuar hantar awak....
after punch card kita breakfast sama2....
kita bcerita....bkongsi masalah...kita saling memberi nasihat....
kita bgabung segala kekuatan dan disitulah terhasilnya senyuman d antara kita....



kdg2 kalau x bz..tghari pon kita lunch sama2...
ingat lg setiap hr ahad, selasa, khamis tu due utk hemodalisis awak kan....
so setiap 10 pg sy ambil awk n ptg jemput pula...
kalau x da kerja sy tgu je awk dkt situ...
PENAT?????
sy x pernah rasa penat....



dulu hidup sy rasa sgt2 SERONOK .....
even awk sakit tp sy sntiasa cuba buat awk tsenyum....
sy bawa awk jalan2...makan2....
kdg2 bila ada meeting pon sy bawa awk....
sy ingat lg awk teman sy p meeting d Terengganu....
awak x sihat waktu tu tp awk teman je sy....
sy beruntung dpt awk....
awk x blh tgk sy x da dpn mata awk...
awk risau kan????





byk tau kenangan sy dgn awk....
pejam celik pejam celik....
4 bulan lbh awk tglkan sy.....
sy cuba bz kan diri sy....
Alhamdullillah sy dpt terima ketentuan hebat dr yg maha Esa....
Allah syg awk syg,...
Allah bg pinjam je awk dkt sy....
sikit pon awk x prnh myakiti sy....
apatah mbuat sy merasa kekurangan.....
sy rindu awk........




sejak awk x da....
sy hilang doa dr awk....
doa tu lah yg mbuat sy rasa sgt tenang,,,,,
doa tu lah yg mgiringi sy sambil tsenyum....
begitu hebat doa sorg ibu....



sy ingat sy dah x kan menangis dan rindu awk...
tp sy silap...
bila bsendirian begini sy rasa sgt pilu...
sy nak bcerita...sy nak bkongsi masalah sy dgn awk....
kdg2 gmbr awk dlm pelukan sy....
dikamar tidur sy sentiasa melekat gmbr awk......
di wallpaper fon sy gmbr awk...
di purse ay gmbr awk...
hebatnya awk dimata sy....
sehingga tiada siapa dpt menawan hati sy sprti apa yg awk buat utk sy.....



sy nak cerita dgn swk sy kenal someone....
sy tahu awk pasti suka....
sy yakin....
sy rindu nak bcerita dan bkongsi dgn awk....
sy nak buka balik spa yg kita bdua impikan dulu....
tp syg awk x sempat tgk....
sy rindu awk syg....
rindu sgt......

sy mampu luah dlm ni je...
sy takut nak bcerita dkt org tntg apa yg sy rasa
sbb sy ingat lg pesan awk....
tak semua org akan faham kita.....
sy hanya percaya awk sorg duhai bonda....



damailah bonda dalam tidur yg panjang....
rindu pada bonda x kan pernah hilang.......
benar kata bonda....
dunia ini banyak tipu daya....
bersabarlah....

AKU RINDU UMI.......
AL-FATIHAH BUAT MU DUHAI SAYANG,,,,,,
6.15PM
16/05/2014
JUMAAT YG SURAM.....
HILANG KASIH HILANG SAYANG....
BONDA PERGI DGN AMAN....
KASIH BONDA X PERNAH HILANG.....
BERSABARLAH DUHAI HATI......




Wednesday, June 18, 2014

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa

Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t:

Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong


Sebagaimana Sabda Bagin Rasulullah s.a.w:
 Ertinya: “Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibu bapa den bersaksi dusta”

Adab/tangungjawab seorang anak terhadap ibubapanya terbahagi kepada 2 iaitu :
1)      Tanggungjawab semasa mereka hidup
2)      Tanggungjawab setelah mereka meninggal dunia

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya ketika hayatnya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
Ingatlah firman Allah ini :

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”. (Al-Isra’: 23-24) 


Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Keredhaan Allah  bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'



6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasa bakti yang telah dapat dinikmati.
Sabda Baginda s.a.w:   
" Berbaktilah kepada dua orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatanisteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka”
Selepas kematian mereka

         Hubungan anak dengan ibu bapa adalah di  dunia dan akhirat. Tanggungjawab anak
terhadap ibu bapa tidak terhenti dengan kematian salah seorang atau keduanya sekali. Anak masih mempunyai tanggungjawab selepas kematian mereka. Ini menunjukkan bahawa Islam mementingkan tanggungjawab kehidupan dunia dan akhirat. 

         Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusan yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya
kecuali 3 perkara:

a)sedekah jariah
b)ilmu yang berfaedah
c)anak soleh yang mendoakan kepadanya
                                                                                       (Riwayat Muslim)

Akibat anak derhaka

Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, anak wajib mentaati dan menghormati kedua
ibu bapanya. Anak yang tidak mentaati kedua ibu bapanya dianggap anak yang derhaka. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak mendapat ganjaran. Oleh itu, perbuatan
baik sepanjang hayat mungkin sesuatu yang sia-sia sahaja. Dalam kehidupan berkeluarga
perlu mendapat keredhaan dari kedua ibu bapa kerana tanpa keredhaan mereka berdua,
hidup seseorang tidak diberkati Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

“Redha Tuhan bergantung pada redha dua orang tua, dan murka Tuhan bergantung pada murka orang tua”
                                                                                                      (Riwayat al-Hakim)

         Akibat penderhakaan kepada ibu bapa, anak tersebut menanggung dosa serta dilaknat Allah. Kesalahan menderhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar. Begitu juga anak-anak tidak sewajarnya mengejek atau menghina ibu bapa orang lain. Akibatnya ibu bapanya pula akan dihina.

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda “Di antara dosa besar adalah makian seseorang terhadap kedua orang tuanya” Mereka bertanya “Wahai Rasulullah, apakah seseorang memaki kedua orang tuanya”. Beliau menjawab “Ya, ia memaki ayah orang lain,
lalu orang lain itu memaki ayahnya, dan ia memaki ibu orang lain, lalu orang lain itu memaki ibunya”.
                                                                                   (Riwayat al-Bukhori dan Muslim)

Kesimpulannya

      Natijahnya tanggungjawab kita terhadap ibubapa kita bukan sekadar di dunia sahaja tetapi di bawa ke akhirat. Marilah kita bermuhasabah diri sejauh manakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka, adakah ianya sudah cukup untuk membalas jasa mereka?.

      Saya sendiri merasa pengorbanan saya terhadap ibu bapa saya masih belum dapat membalas jasa mereka yang tak terhingga.

Pesanan Ikhlas : JANGAN DITANYA APA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN UNTUK KITA TETAPI TANYALAH APA YANG KITA TELAH LAKUKAN UNTUK MEREKA.

KISAH TAULADAN : AYAH DAN IBU BERTUKAR MENJADI BABI.......

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.
Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.” sambungnya. “Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami.”
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Saturday, May 24, 2014

SEKUJUR TUBUH ITU UMMI KU......

15/05/2014
(MASIH SEGAR D INGATAN)


hari2 terakhir bersamamu......
waktu nan memasuki senja....
umi duduk d anjung rumah....
memerhati setiap inci rumah....
melihat ku seperti tidak puas utk ditatap....

ku bersuara bertanya...
"kenapa ummi???"
ummi hanya diam....
pada waktu itu rambut ku tidak tersanggul seperti biasa....
dilepaskan sahaja.....
ku dengar ummi bersuara...
"panjang dah rambut adik, sayang kalau nak potong...kalau potong x tau bila pula nak panjang mcm tu"....
aku hanya mengangguk tanda mgerti...

petang itu tidak seperti biasa....
ummi sudah banyak termenung...
malam pula menjelma...
lepas solat isyak seperti biasa kami akan menonton tv bersama...
umi masih d atas kerusi roda nya....
memandangku dgn penuh kasih dan sayang...
tiba2 ummi turun dari kerusi rodanya dan lantas memelukku...
sambil berkata "UMMI SAYANG ADIK SANGAT2".....
lebih dr 5 kali umi mengulangi ayat itu....
aku cakap aku pon sayang ummi....
lepas itu ummi kata "ADIK,JANGAN TINGGAL UMI EK"
aku cuma mengangguk tanda bersetuju.....

tapi Allah mengerakkan hati aku untuk meminta maaf dgn umi pada malam itu...
aku pegang erat tangannya..ku cium tangannya...ku cium pipi dan dahinya.....
ku memohon segala kemaafan selama menjaganya.....
ummi sambut salam maaf aku dgn linangan airmata....
ummi berkata "ADIK,UMI TIDAK PERNAH TERASA HATI DENGAN ADIK DIK"....

malam itu ku melihat umi tidur dgn lena....
sekejap2 dia melabuhkan kepala nya kepada Atiq (abangku yg tgh)....
sekejap2 dia melabuhkan kepalanya kepada aku....


16/05/2014.....
(UJIAN PALING HEBAT).....

pagi subuh yang hening...
ku melihat ummi sangat penat....
pagi itu ku tidak kejut umi untuk bangun solat subuh....

selesai ku solat subuh.....
ku menatap wajah itu penuh dgn rasa sayang dan kasihan....
dalam hati ku tahu...
umi sudah banyak melawan....
menghampiri pukul 10pagi umi tersedar dr tidurnya....
meminta untukku memandikannya....
sudah menjadi tabiat umi setiap kali dimandikan umi akan terus mengambil wudhuk....

selesai memandikan umi....
memakaikan pakaian padanya....
umi meminta telekung solat....
umi nak solat....
dalam hati aku...
solat apa masa ini......
kalau mahu solat subuh....
sudah jauh terlambat.......
tapi ku biarkan sahaja ummi solat....
apa pon solat nya hanya Allah s.w.t yg tahu segalanya.......

selesai solat ku mengajak umi untuk makan ...
tapi umi hanya meminum air sahaja.....
umi asyik meminta makanan tp bila aku ingin memberi makan umi tak mahu makan....
dalam hati terfikir mungkin umi tak bselera hari ini....

selesai solat zohor....
aku mengajak umi untuk keluar jalan2 dan membeli makanan...
selesai membeli pizza(dominos pizza)...
kami pulang ke rumah seperti biasa.....
masa tolak umi dgn v chair...
umi : adik umi nak mandi...umi panas..
aku :  ok...nanti adik mandikan....

masa mandikan umi...
umi: adik cepat2 mandikan umi..nanti ada org nak dtg ambil umi...
aku : sape umi?? nak pg mana????
umi: x tahu lah tp adik kena pg juga tp lepas tu adik balik lah sendiri....
aku : istighfar umi....jgn ckp mengarut mcm nie...

selesai mandikan dan ambilkan umi wuduk...
aku tolak v chair ke ruang tamu....
umi pandang ke luar rumah....
umi: adik sape dtg ramai2 ni adik????
aku : sapa umi?
umi: umi tak kenal pun.....

umi minta izin untuk tidur...
umi ngantok sgt....
aku ambilkan toto hampar dpn ruang tamu....
umi baring...

kejap2 umi baring...
kejap2 umi bangun...
tetiba dgr umi bsuara...
"LAILAHALILLALLAH....RESAHNYA YA ALLAH...
ADIK KENAPA UMI RESAHNI DIK???"

tetiba umi kembali tidur sperti biasa....
masa umi tidur..tetiba umi seperti orang tersedak makanan...
kami adik beradik d sisi umi...
panggil2 umi...umi...umi...bangun umi...
umi x bjawab...

aku kuatkan langkah
ku panggil jiran2 yg terdekat...
salah seorang jiran berkata "nazak ni diknur"...
aku diam...dalam hati...umi tidur....
dalam kekalutan aku sempat col ambulans...
masa tunggu ambulans dtg...
selesai jiran membaca yasin...
terdengar umi tersedu dua kali dan bila check nadi sudah tidak lg bgerak...

bagaikan hilang segalanya...
telefon d tgn ku hempas ke lantai...
semua ini tipu...
umi bagitau nak tidur...
umi tengah tidur...

aku ke sisi umi....
"umi, kalau nak tidur...umi tidur elok2 ek...allah...allah...allah...ku ulang berkali2 d tepi telinga umi"
ambulans dtg...
aku penuh pengharapan...
umi masih ada...

tapi sayang ku lupa...
setiap yg bnyawa pasti merasai saat itu termasuk aku....
pembantu perubatan sah kan umi meninggal dunia tepat jam 6.15 petang...

suram....
dukacita...
sedih...

allah jika ini takdir tertulis untuk ku...
jatuh bangun kehidupan ku....
bangkitkan lah aku...
melawan semua ini....

aku menangis sepuas hati...
berlari ke dapur...
ku angkat tgn mohon pada ilahi...
"ya Allah...aku tak kuat...bantu aku uruskan dan permudahkan urusan pengebumiaan arwah umi ku.."

mungkin Allah dgr doa insan kerdil ini...
mungkin juga disebabkan kebaikan2 yg umi lakukan spnjg hayatnya d dunia...
urusan umi begitu mudah....

rentetan...
6.15petang - umi disahkan meninggal dunia...
                  - abang muji ke balai polis buat report untuk ambil permit kubur...
                  - abang atiq bantu col2 sedara2 mara yg belum tahu...
                  -jiran2 bantu urusan mandi jenazah dan urusan pengebumiaan....
 selepas maghrib...
org mandikan jenazah tiba...
siapkan brg2 untuk mandikan jenazah...

masa azan isyak...
jenazah arwah umi dimandikan...
aku turut mengambil bahagian....
ku usap kulit2 nya...
penuh kasih dan syg...
ku tatap raut wajahnya...
ku lihat disitu ketenangan....
sebelum ini aku sudah terbiasa mandikan dia tapi kali ini rasanya sgtn kelaianan..
itu kali terakhir...
ya kali terakhir....
kali terakhir ku lihat umi....
kali terakhir ku belai kulit2nya...
kali terakhir ku lihat ketenangan itu.....

selesai mandikan jenazah...
umi dikafankan...cepat sgt prosesnya...
aku rasa belum puas ku tatap...
tapi umi sudah dikafan rapi......

saat dipanggil untuk mencium jenazah umi utk kali terakhir...
aku terdiam kelu....
dlm hati..ini adakah kali terakhir????
ya ..ini kali terakhir....

berderai airmata....
lekas ku sapu tapi berderai kembali...
ramai yg memeluk ku...
kata2 semangat dberi....
aku sapu kembali airmata yg menitis....
ku cari kekuatan...ku cium penuh kasih penuh sayang....

umi di bawa ke masjid taman uda murni.....
disolatkan jenazah disana...

pukul 9.15 malam...solat jenazah selesai...
pukul 9.30 malam...jenazah umi sampai ke kubur...
tapi kami terpaksa menunggu kerna kubur belum siap d gali...
pengali kubur pun terkejut sbb jenazah sampai awal...

pukul 9.45 malam.... jenazah dikebumikan....
 terdengar ramai bercerita keluar bau yg sgt harum dr kubur arwah umi...
tapi aku tidak pula terbau....
tanah kubur banyak sgt lebih....
(mungkin itu lebihannya....)

pukul 10.00malam....
ku kembali ke rumah...
ramai yg menunggu.....
sayu pilu....
aaaarrrrgggghhhh umi mana umi??? mana umi????
mata seolah2 mencari.....

selesai semua org pulang...
aku siapkan tmpt tidur utk sedara2 yg dtg dr jauh....
malam itu tak lngsg ku lelapkan mata.....
mata seolah2 x blh tpejam....
ku bacakan yassin tp teap sama....
seolah2 menunggu dgn penuh keyakinan...
umi akan pulang....
ya...akan pulang.....tapi sayang...aku terlalu ikutkan perasaan....
aku lupa,....kita semua milik yg maha esa...
lu tunggu subuh menjelma....
tak sabar utk kunjungi pusara bonda....
sayang damailah engkau di sana...
berehatlah dgn segala penat lelah dunia....
semoga bonda tenang disana....

bonda...
penuh rasa rindu....
pandang mana2...
rasa bonda bsama....
ketawa...suka...senyum tp hati tetap gendah gelana,...
sampai bila semua ini????
begini????
umi....
bersama dgn mu itu kenangan terindah.....
menjagamu adalah satu amanah dan rahmat....
ke hulu ke hilir dgn mu adalah satu memori yg x kan terhapus....
umi...kita pernah susah senang bsama....
melihat mu tersenyum....ku rasa duna sgt indah....
apatah lg melihat mu ketawa....argghhh dunia ini milik kita....
jika mu bduka...pasti ku segera btanya....
kenapa umi????

semua itu kenangan umi....
kenangan yg x akan ada org blh ganti dan blh beli....
jauh utk menghapuskan segala kenangan itu.....

16/05/2014.....
       -
16/06/2014....
satu bulan telah berlalu.....
semoga tenang duhai bonda....
saat ku melakar kisah ini....
hatiku penuh tangisan....
airmata ku bcucuran...
ku cari kekuatan.....

*BUAT YANG MASIH PUNYA BONDA...
HUKURLAH TANGAN ...IKHLASKAN DIRI...SALAM BONDA...
MOHON AMPUN MAAF SELAGI MASIH DIBERI KESEMPATAN....

*ANDA MASIH ADA ALASAN SIBUK SEHINGGA ANDA LUPA BONDA ANDA...
SEBENARNYA ANDA JUGA LUPA...
DISEBALIK KEJAYAAN ANDA SEKARANG TERSELITNYA SEKUDUS DOA BONDA YANG PENUH HARAPAN INGIN MELIHAT KEJAYAAN ANDA....
ANDA LUPA...ANDA PELUPA...ATAU ANDA BUAT2 LUPA....
ANDA MASIH MAHU MENUNGGU....
MENUNGGU SEHINGGA ANDA SUDAH TIADA KESEMPATAN MACAM AKU????????

*titipan khas buat bonda tercinta...
ALLAHYARHAMAH WAN ZENA BT HAJI AWANG....
(16/05/2014-6.15 PETANG)...................

Monday, April 7, 2014

DIARI LAMA!!!!!!!!!

ku singkap kenangan lalu....
satu persatu.....
berlegar2 kenangan itu.......

perjalanan kisah hidup yg penuh suka duka...gelak tawa...senyum tangis......
kadang ku bisik pada hati....
biar semua berlalu...
tak ingin ku ingat semua itu......

namun....
kenangan itu seolah2 masih lagi segar di segenap ruang ingatanku....

aaaarggghhhhhh....
ku bisik pada hati...
apa guna mengingati....
tiada apa yg pasti....
biar semua berlalu pasti.....

suatu kenangan yg dimana ia membunuh kepercayaanku utk kaum Adam.....
suatu kepercayaan yg ku pegang....
suatu nama yg pernah ku sayang....
suatu ketika aku pernah merindui......
namun kini.....
ia membunuh ku....
membunuh setiap kepercayaan ku.....
membunuh setiap masa silam ku....

masih terngiang2 janji itu....
masih kedengaran suara itu....
suatu suara penuh pengharapan terhadap aku....
suatu suara yg terlalu menyanjungi aku.....
suatu suara yg penuh dgn gelak tawa terhadap ku....

namun itu dahulu...
kenangan dua tahun lepas masih segar...

rasa takut untuk menghadapi saat ini....
saat hidup yg baru....
rasa hilang segala kepercayaan....
kepercayaan utk sebuah janji yg belum pasti....

semoga Allah melindungi segalanya....
semoga hati ini telah memaafkan segalanya....

*MASIH SEGAR KENANGAN ITU.....

Wednesday, March 12, 2014

UMMIE

di saat suasana alam sunyi sepi.....
aku melihat sekujur tubuh sedang dalam lenanya...
aku memandangnya...
aku melihat setiap urat2 keringat nya....
aku melihat betapa letih matanya...

disaat seluruh alam maya membenciku....
dia masih menyayangiku....
disaat mereka2 menyalahkan ku....
dia masih lagi menyebelahiku.......
disaat semua orang mempersoalkan ku....
dia masih tersenyum padaku......

sekujur tubuh di dalam lena itu....
Dia .....
UMMIE ku......
UMMIE ku.....
UMMIE ku.....

raut wajahnya menunjukkan betapa penatnya...lelahnya....
membesarkan ku.....
tapi tak pernah ku dengar walau sepotong ayat.....
"argghhh penat r"..."arghhh susah r jaga budak2 ni"

14 tahun wanita ini hidup tanpa kasih sayang seorang suami....
tangisannya untuk sementara...
disaat mereka2 sibuk mencari pasangan penganti untuknya suatu masa dahulu...
dia cuma mampu bersuara "CUKUPLAH AKU HIDUP UNTUK ANAK2 KU"....
tangisannya hanya berhenti di dalam diarinya....
cukup sekadar itu tangisannya.....
kerana impian hidupnya mahu berkongsi kegembiraan dengan anak2nya.......

"adik, umi x minta pun adik kahwin dgn org kaya cuma umi harap adik dpt org yang boleh jaga adik sbb umi tak nak adik susah...sakit...sedih sorg dr....."
dari mula2 keluar dr perut dia sehingga lah sekarang....
dia masih risaukan diriku.....

arghh...arghhh sakit2....
terguling sana terguling sini tubuhku.....
gastrik dtg lg...
airmata blinang....
umi datang urut2....
"ubat2 adik nak ubat???"
aahhh umi lupa adik tak suka makan ubat....
dia masih ingat yg aku tak suka makan ubat........

ummie SEKARANG?????
ummie dah tak boleh drive....
(mata umi kurang nampak dah)
ummie dah tak boleh membaca...
(ingat lagi dulu umi selalu stalker fb aku ...kadang2 sedih juga bila dia kata "adik tgk lah fb umi kot2 kawan umi ada hantar msge ke")
umi tak boleh jalan jauh.....
(kaki umi selalu sakit)
ummie susah nak tidur...
(bila dia boleh tidur..jangan diganggu sbb dia mmg susah tidur sekarang ni)

itulah dia KISAH UMMIE KU....
ramai orang kata "beruntung ler dapat ibu yg memahami...tunaikan segala hajat awk..penuhi setiap keinginan awk...beruntungnya awk".....hurmmm....

SEBENARNYA KITA SEMUA BERUNTUNG CUMA YG MEMBEZAKAN KITA CARA DAN CORAK KASIH SAYANG YG IBUBAPA KITA PERSEMBAHKAN.......
ADA SESETENGAH IBUBAPA LEBIH SUKA MENUNJUKKAN KETEGASAN DALAM BERBICARA DAN MENEGUR SETIAP PERBUATAN KITA....
ADA SESETENGAH IBUBAPA LEBIH SUKA OPEN MINDED DENGAN ANAK2......

PERCAYALAH....
TIADA IBUBAPA YANG TIDAK SAYANG PADA ANAK2NYA.....
LEBIH2 LG IBU KITA....
SEDANGKAN 9 BULAN ATAU LEBIH KITA DI DALAM KAMDUNGANNYA....
MUSTAHIL UNTUK DIA PEJAM MATA DAN LUPAKAN SETIAP KESAKITAN DAN KEGEMBIRAAN SAAT KITA DILAHIRKAN.....
IBU LAH ORANG YG PALING BAHAGIA DI ALAM INI DISAAT MENGETAHUI ADA JANTUNG LAIN BERDEGUP SAMA DI DALAM TUBUH BADANNYA................

HARGALAH IBU DAN AYAH MU....
IBU DAN AYAH KITA TAK PERNAH MINTA DIBALAS JASA MEREKA....
CUKUPLAH DENGAN SEPOTONG AYAT....
"APA KHABAR AYAH"..."APA KHABAR IBU"....
ITU SUDAH CUKUP MENYENANGKAN HATI MEREKA......
24 JAM SEHARI.....
7 HARI SEMINGGU...
31 HARI SEBULAN.....
356 HARI SETAHUN.....
ANDA MASIH LAGI SIBUK DENGAN KERJAYA ANDA??????

JANGAN SAMPAI MASA TERHENTI....
JANGAN SAMPAI DOA MEREKA TIDAK LAGI MENGIRINGI LANGKAH KITA......

ANDA MASIH LAGI BERPELUANG JIKA MASIH PUNYA IBU DAN AYAH...
KERANA SAYA HANYA PUNYA IBU.....
ALAH S.W.T  MASIH MEMBERI SAYA PELUANG...............

ANDAI SUATU HARI NANTI UMI SY DITAKDIR PERGI DAHULU DRPD SY....
BOLEH TAK SAYA NAK MOHON DENGAN ALLAH S.W.T AGAR DOA IBU SY TIDAK TERHENTI SETAKAT ITU....SAYA MAHU IA SENTIASA MENGIRINGI HIDUP SY....
BOLEH??????
SAYA TAKUT BILA HILANGNYA DOA SEORANG IBU.....
HURM.......

#LOVE N MISS U MY MOTHER.....
#SEMOGA KEMBALI SIHAT SEPERTI DAHULU KALA....

AMIN YA RABBAL ALAMIN.......


#PRAY 4MH370.......



Wednesday, March 5, 2014

SHAHeida.......

tik tok tik tok......
tinggal 3 bulan lagi b4 bertukar status.....
dup dap dup dap.........
jantung ku x kencang lg loni..............
elex....elex.....elex luh..............